Tiada larangan terhadap watak lesbian gay di TV

Selasa, 17 Desember 2013 0 komentar


SABTU, 7 APRIL 2012

KERAJAAN tidak mewujudkan sebarang larangan berhubung watak yang digambarkan sebagai lesbian, gay, biseksual dan transeksual dalam saluran-saluran televisyen milik kerajaan. - Gambar hiasan




KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tidak wujud larangan berhubung watak yang digambarkan sebagai lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dalam saluran-saluran televisyen milik kerajaan.

"Tidak ada larangan atas mana-mana persembahan seni oleh mana-mana segmen masyarakat termasuk yang disifatkan sebagai lelaki lembut (atau kewanita-wanitaan)," katanya dalam Twitter.

Bagaimanapun, beliau berkata, kementeriannya masih berhak untuk memilih kandungan yang sesuai untuk orang awam memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum, agama dan budaya.

Rais memberi penjelasan berhubung laporan satu berita portal mengenai perkara itu, yang berasal daripada satu entri Facebook oleh Jabatan Penerangan.

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 Banyak Teori