Sampai ke Paris dalam keadaan mabuk

Selasa, 17 Desember 2013 0 komentar

21 Nov 2012

London, myMetro : Selepas berfoya-foya sehingga mabuk semalaman, seorang remaja Manchester tidak menyedari dia membeli tiket penerbangan ke luar negara dan kembali waras keesokan hari di Paris, Perancis.
Luke Harding dilaporkan membuat tempahan penerbangan ke Paris pada saat-saat akhir dalam keadaan mabuk.

Harding juga secara tidak sedar menaiki teksi ke lapangan terbang selepas menghantar rakannya pulang.

 Ketika rakan lain lena di kediaman masing-masing, Harding, 19, tertidur di tandas lapangan terbang di Paris.

Beberapa jam sebelum itu ketika dalam keadaan mabuk, Harding menyatakan keinginannya menyaksikan Menara Eiffel.

Tanpa disedari dan dijangka sesiapa dia secara tidak sedar menempah penerbangan ke Paris pada awal pagi. Apabila terjaga dari tidur, dia terkejut kerana mendapati dirinya berada di dalam tandas di Lapangan Terbang Charles De Gaulle, Paris. Harding mengejutkan rakannya apabila dia menghantar tweet kepada rakannya dari Paris walaupun beberapa jam sebelum itu mereka berpesta di Oldham City.
Remaja terbabit yang memuat turun fotonya dari Arc de Triomphe dan Menara Eiffel kemudian menjadi sensasi di Twitter. - Agensi

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 Banyak Teori