Lelaki Pulau Pinang masih perlukan kebenaran isteri pertama untuk berkahwin baru

Minggu, 02 Februari 2014 0 komentar

October 22, 2012
GEORGE TOWN, 22 Okt — Jika anda fikir berpindah ke Pulau Pinang untuk berkahwin dua dengan rahsia, anda akan dapati bahawa anda masih lagi memerlukan proses yang sama seperti negeri lain.
Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abu Kassim menolak laporan akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan lelaki Islam tidak perlu mendapat kebenaran isteri pertama untuk berkahwin baru, dengan berkata undang-undang Syariah di Pulau Pinang adalah sama seperti di negeri lain.
“Ini cuma kempen kotor Utusan untuk memastikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) dilihat sebagai teruk,” katanya lagi.

Beliau berkata, lelaki di Pulau Pinang yang mahu berkahwin baru masih memerlukan prosedur termasuk mendapatkan kebenaran isteri pertama.
“Ini adalah undang-undang yang tak pernah kami ubah, sama seperti negeri lain,” katanya lagi.
Minggu lalu, laporan dari Utusan Malaysia mengatakan bahawa lelaki Islam di Pulau Pinang boleh berkahwin baru tanpa kebenaran isteri pertamanya.
Laporan itu menyebut nama pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Sazali Hussein.

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 Banyak Teori