Pas Mahu Ulama Sebagai Timbalan Presiden

Senin, 24 Februari 2014 0 komentar


Majlis Ulama PAS telah memberi kata putus bahawa mereka mahukan penyandang kerusi Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu digantikan dengan pencabarnya, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah menjelang pemilihan parti esok.

Menurut kebanyakan pemerhati politik, keputusan yang diluluskan dalam mesyuarat majlis ulama hari ini juga bakal memperlihatkan kejatuhan salah seorang daripada penyandang kerusi Naib Presiden iaitu Salehuddin Ayub.

Pemimpin yang dikatakan bakal memenangi kerusi tersebut ialah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dikatakan lebih popular berbanding calon fundamental,

Penyandang kerusi Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dicabar oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Mohd Amar sementaa dua anggota fundamental veteran, Tuan Ibrahim dan Abu Bakar akan mencabar kerusi Naib Presiden yang kini disandang oleh Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub.

Bergantung kepada kempen yang dijalankan pada malam ini, keputusan majlis ulama mungkin diikuti oleh lebih kurang 1,200 perwakilan kerana PAS sentiasa meletakkan keputusan Majlis Ulama sebagai panduan bagi arah tuju parti mereka.

Walaupun kuasa Presiden parti mampu mengubah keputusan yang dibuat oleh Majlis Ulama secara ‘lembut’, penyandang kerusi Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menang tanpa bertanding, mungkin tidak akan memberi sebarang respon terhadap perkara ini.

Majlis Ulama PAS telah meluluskan resolusi untuk menjadikan ulama sebagai Timbalan presiden dan sekurang-kurangnya seorang anggota ulama dalam jawatan Naib Presiden supaya Majlis Ulama kekal berada di tangga teratas bagi arah tuju kepimpinan parti tersebut.

Resolusi tersebut menyatakan bahawa perkara ini adalah penting bagi memastikan supaya ahli tidak akan terkeliru akan perjuangan parti.

Keputusan yang dibuat oleh Majlis Ulama PAS ini boleh dikatakan berjaya mendapat satu langkah ke hadapan berbanding kumpulan liberal yang mahu mendominasi kepimpinan

PAS supaya parti tersebut mampu memberikan kerjasama penuh dalam Pakatan Rakyat (PR).

Dengan hubungan baik mereka bersama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kumpulan liberal PAS mempunyai strategi dan cara yang berlainan untuk menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang seterusnya dan menolak tepi perjuangan asal dan objektif PAS.

Harun sering meluahkan kebimbangan beliau dan sering mempertahankan PAS daripada Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sering mahukan PAS supaya menjadi liberal hinggakan dalam satu sesi temu ramah, Karpal berkata bahawa pendaftaran PAS perlu dibatalkan atas sebab pertubuhannya yang dianggap sebagai parti Islam.

Harun antaranya menghalang ahli parti daripada menyertai salah satu daripada demonstrasi Anwar, Black Out 505 yang membuat Mat Sabu dan Datuk Husam Musa yang dilabel sebagai orang kuat Anwar dalam PAS, menjadi marah.

Dalam ucapan beliau, Harun menggesa pemimpin-pemimpin parti serta ahli supaya menegaskan parti komponen lain supaya memahami objektif PAS, untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Beliau juga berkata bahawa keputusan Majlis Ulama untuk mengkaji semula hubungan dalam PR bukan bertujuan untuk menghentikan kerjasama tetapi untuk mengkaji semula faedah dan status mereka dalam kerjasama tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa semakan ini perlu dijalankan dari masa ke masa supaya PAS tidak lari daripada perjuangan asalnya.

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 Banyak Teori