Hudud Persatuan Peranakan Cina Kelantan bantah

Senin, 30 Desember 2013 0 komentar

  • Law Awang Law Awang
< 1 / 1 >
KOTA BHARU - Penasihat Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Law Awang mendakwa masih ramai dalam kalangan bukan Islam tidak bersetuju pelaksanaan hukum hudud jika ia melibatkan lain-lain kaum.

Katanya, Kelantan mempunyai masyarakat majmuk dan hudud tidak sepatutnya dilaksanakan kepada kaum bukan Islam.

“Sekarang kalau mahu melaksanakan hukum hudud, ia melibatkan agama lain. Kita tidak setuju tetapi jika dilakukan untuk agama Islam sahaja, kita tidak membantah.

“Dalam masyarakat majmuk, kita tidak boleh buat begitu (hudud) kerana apabila ia lulus, ia boleh melibatkan orang lain termasuk bukan Islam secara automatiknya kerana kita berada di Kelantan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.

sumber:

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 Banyak Teori